WONG YING KHING

WONG YING KHING
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

FUNGSI KAMERA


Mari kita menonton video yang menjelaskan bagaimana sebuah kamera berfungsi......

Video 1 : Simple explanation of how a camera works.

 


Video 2: Mode Operasi Kamera


FUNGSI UTAMA KAMERA

1. Kelajuan Pengatup (Shutter Speed)

  • Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.
  • Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.
  • Shutter Speed ialah kelajuan bukaan lens dan ditanda dengan angka.
  •  Contoh Shutter Speed ialah:

  1.    1/B - Shutter Speed paling perlahan
  2.    1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30  - Shutter Speed perlahan
  3.    1/60, 1/125, 1/250  - Shutter Speed sederhana
  4.    1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000  - Shutter Speed Laju

  • Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama  1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.

2. ISO (ASA)

  • Untuk mendapatkan gambar yang menarik.
  • ISO ialah sensitif filem atau digital kamera terhadap cahaya.
  • Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan “aperture” dan “shutter speed” yang diperlukan.
  • Tambahkan ISO untuk “aperture” dan “shutter speed” yang laju.
  • Penggunaan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise atau “grain” (bintik-bintik pada gambar).

3. Jarak Fokus (Focal length)

  • Jarak Fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa (focal point) di dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti.
  • Perubahan jarak berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat (close-up) di mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus lensa adalah besar.
  • Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.
  • Jarak fokus disukat dalam unit mm.
  • Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan.

4. Medan Fokus (Depth of Field)

  • Kawasan (area) Ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
  • Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).
  • Selepas memahami Depth Of Field,  selain daripada subjek yang difokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam.
  • Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field.
  • Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow Depth Of Field.
  • Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal length.


5. Filter & Aksesori Kamera

  • Diperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada yang diperbuat daripada kaca yang bermutu.
  • Fungsi :

    1. Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
    2. Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.

  • Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.
  • Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulan
  • Star Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan ( Special Effect).

6. Aperture

  • Lubang Aperture pada Lens yang berperanan mengawal kemasukan cahaya mengikut kaedah kuantiti.
  • Tugas Aperture:

1. Kawalan Dept Of Field 

2. Mengimbangi Shutter Speed bagi mendapatkan gambar normal.

3. Alatan untuk mengawal cahaya

4. Terletak pada kanta

5. Apperture berhubung kait dengan shutter

6. Bentuk apperture - bulat seperti iris mata

7. Ditanda dengan nombor – berkadar songsang dengan bukaan.

8. Apperture menentukan 'jarak jelas’ atau ' depth of field'

0 comments:

Post a Comment