WONG YING KHING

WONG YING KHING
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

TUGASAN 4: Laporan Program Dan Dokumentasi Pameran Fotografi IPGKI


LAPORAN PROGRAM DAN DOKUMENTASI

PAMERAN FOTOGRAFI KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,

31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

  

Nama Aktiviti : Pameran Fotografi Unit S

Tema               : Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar Tarikh              : 17 Mac 2021 (Rabu)

Masa               : 8:30 pagi - 10:30 pagi

Tempat            : Google Meet

Anjuran            : PISMP Ambilan Jun 2017 Unit S Kursus Fotografi (FTGK 3013)

  

1.0       PENDAHULUAN

Seramai 18 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2017 Unit S yang mengambil kursus Fotografi (FTGK 3013) telah mengadakan pameran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar. Oleh sebab pandemik COVID-19, pameran tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui Google Meet. Pameran ini telah memberikan pendedahan kepada siswa-siswi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh tentang fotografi dengan lebih mendalam. Di samping, menerapkan nilai estetika tentang kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan siswa-siswi. Secara ringkasnya, program telah berjalan lancar atas kehadiran warga kampus.

 

2.0          OBJEKTIF

Antara objektif bagi pameran fotografi ialah:

2.1  Memberi pendedahan tentang asas-asas dalam bidang fotografi seperti teknik fotografi dan komposisi fotografi.

2.2  Mendedahkan siswa-siswi tentang kepentingan penguasaan pelbagai kemahiran dan teknik dalam bidang fotografi.

2.3  Memupuk minat yang mendalam dalam diri siswa-siswi dalam bidang fotografi.

2.4  Mengasah bakat sedia ada siswa-siswi dalam bidang fotografi untuk kegunaan pada masa depan.

2.5  Menerapkan nilai murni dan nilai estetika tentang kesedaran penjagaan alam sekitar dalam diri siswa-siswi.

2.6  Menimbulkan dan meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan orang ramai tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.

 

3.0       PENYERTAAN

29 orang warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

 

4.0       PERASMI PEMBUKAAN

Program ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin. Berdasarkan ucapan perasmian Tuan Haji Zain Hazmi, beliau mengucapkan tahniah dan syabas bagi pelajar yang mengambil dan berjaya mengikuti kursus fotografi walaupun dipenuhi cabaran. Melalui tema alam sekitar, pelajar berjaya membuktikan diri dalam penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang fotografi. Kemahiran dan pengetahuan tersebut boleh dipraktikan untuk menyempurnakan dan menjadikan PdP lebih bermakna atau sebagai pilihan hobi pada masa lapang. Apabila kursus ini tamat, janganlah pelajar menghentikan minat dalam bidang fotografi kerana fotografi memerlukan amali yang berterusan agar mendapat hasil yang lebih indah. Kepuasan jurugambar adalah terletak pada diri sendiri. Jika pelajar ingin menceburi dalam bidang keusahawanan yang berkaitan dengan fotografi, pelajar diingati supaya memberikan perhatian terhadap hak cipta dan faktor lain. Beliau juga memberikan harapan bahawa sepanjang kursus ini diharapkan pelajar dapat berasa seronok dan terus berusaha untuk mengasahkan lagi kemahiran sendiri selain menggunakan foto yang dihasilkan untuk kemudahan PdP. Dengan itu, PdP akan menjadi lebih bermakna dan lebih menarik perhatian murid-murid.

 

5.0          PERJALANAN AKTIVITI

Sebelum pameran dilangsungkan, pelajar telah menjalankan aktiviti raptai pada 16 Mac 2021 (Selasa) untuk memastikan pameran dapat dijalankan secara lancar. Raptai dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh pengacara majlis Ong Wei San dari S3 dan Winnie Wong Mei Yii dari S1. Seterusnya, ucapan pengerusi iaitu Tan Yi Ting dari S8 diberikan. Kemudian, AJK Juruteknik Tan Sin Jie dari S9 telah mencuba untuk menayangkan montaj dan video apreasiasi yang telah dihasilkan. Akhirnya, pengerusi memberikan pesanan bagi program pada hari yang berikut agar semua ahli jawatankuasa bersedia. Berikut merupakan gambar yang diambil semasa  raptai.


Pada 17 Mac 2021, Pameran Fotografi Unit S bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar telah diadakan. Pameran ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh pengacara majlis Ong Wei San dari S3 dan Winnie Wong Mei Yii dari S1. Seterusnya, ucapan pengerusi iaitu Tan Yi Ting dari S8 diberikan. Kemudian, AJK Juruteknik Tan Sin Jie dari S9 telah menayangkan rakaman video tentang ucapan perasmian oleh Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin. Selepas itu, montaj yang dihasilkan oleh AJK Juruteknik Chang Jia Qing (S9) telah ditayangkan. Montaj tersebut menunjukkan gambar-gambar pelajar Unit S yang mengambil kursus fotografi dan hasil karya mereka serta kenangan manis bersama pensyarah pembimbing kursus fotografi En. Mohd Zaki bin Jamaluddin. Sementara itu, sesi perkongsian apresiasi karya telah dibahagikan kepada tiga sesi dan perkongsian ini telah dijalankan dengan menayangkan rakaman video pelajar oleh AJK Juruteknik.


5.1  Apresiasi Karya Sesi 1

Apresiasi karya foto sesi pertama telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh majlis pengerusi. Kemudian, juruteknik telah menyiarkan video apresiasi untuk sesi pertama mengikut jadual seperti berikut.

 

Nama Jurugambar

Karya

Chang Jia Qing

1.    Tempat Rehat Burung Egrets

2.    Keindahan Periuk Kera

Chin Si Wei

1.    Blooming

2.    Animal Gaze

Diviyah a/p C. Muthusamy

1.    “Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama!”

2.    “Cintailah Sungai! Sungaiku Hidupku, Bersama Kita Pelihara!!”

Ganthimathi a/p Selvaraj

1.    Jagalah Alam Sekitar

2.    Pencemaran Air Di Tasik

Goh Bee Leng

1.    Pemandangan Taman Tasik Taiping

2.    Bunga Kemboja

Ivy Ling Yien Chin

1.    Pokok Yang Ditebang

2.    Perlepasan Burung (Egret Birds)

 

5.2  Apresiasi Karya Sesi 2

Selepas rehat lima minit, apresiasi karya sesi kedua telah disambungkan mengikut jadual seperti berikut dengan lancar. Interaksi antara penonton juga berlangsung melalui chat pada Google Meet.

 

Nama Jurugambar

Karya

Lai Lee Min

1.    Home

2.    Pemandangan Tersembunyi

Leong Yong Qi

1.    Sunset

2.    Pencemaran Alam Sekitar

Narveena a/p Vadivalu

1.    Bunga

2.    Kolam Teratai

Ong Wei San

1.    They Protect Us, Let’s Protect Them.

2.    Air Terjun Menderu Kerteh


Sharon Kuok Yen Yinn

1.    A Small Waterfall

2.    In The Jungle

Stella Eng Shu May

1.    Yes & No!

2.    Rise and Shine

 

5.3  Apresiasi Karya Sesi 3

Apresiasi karya sesi ketiga telah dijalankan mengikut jadual seperti berikut tanpa sebarang halangan. Penonton juga memberikan pandangan dan meluahkan perasaan terhadap karya yang dipamerkan.

 

Nama Jurugambar

Karya

Tan Sin Jie

1.    Alam Sekitar Dihargai, Keselesaan Dinikmati

2.    Cantik tak? Bunga Kertas Ini!

Tan Yi Ying

1.    Hargailah Sungai

2.    Kebebasan Pepatung

Tan Zi Ying

1.    Tabah

2.    Tersembunyi

Tay Wan Yee

1.    Butterfly

2.    Caterpillar

Winnie Wong Mei Yii

1.    Pemandangan Di Tepi Tasik

2.    Daun Gugur

Wong Ying Khing

1.    Keindahan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2.    Berfikir Sebelum Bertindak

 

Selepas sesi perkongsian apresiasi, pameran diteruskan dengan promosi jualan produk dan laman sosial Facebook bagi kursus fotografi Unit S oleh juruacara majlis. Pameran diakhiri dengan sesi penggambaran. Gambar-gambar sepanjang pameran telah dilampirkan pada bahagian lampiran.


Lampiran




Apresiasi Karya oleh Wong Ying Khing (S9)


Promosi Jualan Produk



Promosi Laman Sosial Facebook Fotografi Unit S 2021


Sesi Penggambaran bersama dengan Pengunjung


Sesi Penggambaran Pelajar Unit S Kursus Fotografi


Sewaktu Sesi Penggambaran Pelajar Unit S Kursus Fotografi, saya dan Sharon sudah Check In Luggage di Sibu Airport (On the way back to ipoh), jadi kami tidak dapat menunjuk 2 keping hasil karya.




0 comments:

Post a Comment