WONG YING KHING

WONG YING KHING
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

KOMPOSISI

 

1.Titik fokus

Gambar diambil mempunyai satu objek yang difokus. Titik fokus perlu jelas.


2. Rule of Thirds



Rule of Thirds berasaskan pada teori bahawa mata dengan semulajadinya akan tertumpu/melihat kepada 2/3 ke atas mukasurat (two-thirds up the page). Dengan membahagikannya melalui penglihatan (visual) imej kepada 3 bahagian sama ada menegak atau mendatar, anda boleh mencapai keseimbangan yang tidak formal atau tidak simetri.

3. Keseimbangan Simetri dan Asimetri
Foto dengan komposisi Simetris

Komposisi foto Simetri meletakkan objek dan membahagi bidang foto sama rata kanan dan kiri sehingga terlihat simetris.


4. Leading Lines 
Horizontals

Horizontal Lines mewujudkan lokasi statik (tidak bergerak/kaku) tetapi ia juga mengandungi bahagian/ciri arahan yang dinamik dan perjalanan/pergerakan yang mengikut panjangnya. Garis melintang menunjukan kestabilan (kekukuhan), keberatan, ketenangan dan ketentraman.


Verticals 
Vertical Lines ialah komponen utama dalam imej susuk rangka tubuh manusia dan pokok. Arahnya dalah mengikut tarikan graviti. Ia mempunyai rasa mengesan kelajuan dan pergerakan.

 Curving (Lengkuk C)
Keistimewaan lengkuk C ialah mempunyai perubahan arah yang progresif jika dibandingkan dengan garis melintang dan menegak. Lengkuk ini boleh dilihat sebagai satu garisan lurus yang bertukar dengan progresif pada sudut yang berlainan. Pergerakan dalam lengkuk C adalah lebih dirasai apabila dibandingkan dengan garis lurus.




5. Shape and form

Menampakkan bentuk subjek dalam dua dimensi(tanpa bayang-bayang) atau tiga dimensi ( ada bayang-bayang). Ia terbahagi  kepada segi empat, segi tiga dan bulat.

Segi Empat    : Hasil daripada garis lintang dan menegak.
Segi tiga         : Hasil daripada garis serong
Bulat              : Hasil daripada lengkuk.



6. Pattern & Texture

Dibentuk dan berulang kali. Kualiti terbaik corak adalah merangkumi kawasan. Gambar yang menunjukan corak yang paling berkesan adalah yang berlanjutan kepada pepenjuru bingkai.



7. Framing (frame within a frame)

Dengan komposisi Framing, kita mengarahkan atau menuntun mata untuk memperhatikan apa yang ada di dalam sebuah “frame” dengan mengesampingkan apa yang ada di luar “frame”.


8. Diagonal (Garis Serong)


Garis Serong memperlihatkan cara yang paling dinamik di dalam gambar. Penyataan hala dan kelajuan yang lebih terperinci daripada garis menegak.






0 comments:

Post a Comment