WONG YING KHING

WONG YING KHING
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

UNSUR SENI DAN PRINSIP SENI DALAM FOTOGRAFI

 Elemen Seni Fotografi

1. Bentuk (Form)-3D

Bentuk merupakan salah satu teknik yang termasuk ke dalam komposisi fotografi. Shape dalam komposisi fotografi merupakan suatu objek yang membentuk suatu bentuk seperti kotak, lingkaran, segitiga, dan sebagainya. Shape biasanya diterapkan dalam benda-benda yang berbentuk kotak dan lingkaran. Shape digunakan untuk menekankan kesan abstrak pada suatu gambar.

 

2. Rupa (Shape) - 2D

Unsur visual dalam fotografi ini kelanjutan dari bentuk. Jika bentuk menghasilkan gambar yang abstrak, penggunaan form dapat mengidentifikasi objek lebih dalam sehingga terlihat nyata. Form dapat menciptakan kesan realitas pada suatu objek. Cahaya menjadi faktor terpenting untuk pembentukan form pada gambar. Cahaya menjadi salah satu elemen yang pokok dalam dunia fotografi.

Bentuk Kapal Terbang

Bentuk Hati

3. Garisan

Garis merupakan salah satu unsur visual fotografi yang mendasar. Garis memiliki jenis-jenis tersendiri, iaitu garis lurus, garis menyilang, garis membentang, garis putus-putus, garis tebal, garis tipis, dan sebagainya. Unsur garis ini lebih banyak digunakan oleh jurugambar kerana mudah untuk diterapkan dalam teknik fotografi. Garis berfungsi untuk memperkuat kesan dalam suatu gambar atau foto yang dihasilkan.

Garisan Bengkang-Bengkok (Curved Lines)

Jagged and Irregular Lines


Horizontal Lines


5. Pola (Pattern)

Pola merupakan suatu bentuk, garis, atau warna yang terdapat pada benda dan dilakukan dengan cara menata benda tersebut berulang-ulang. Pola yang menggunakan warna yang sama cenderung memberikan kesan yang tidak menarik untuk dinikmati mata. Pola yang menarik tentu membutuhkan banyak variasi mulai dari warna maupun bentuk yang ada pada benda. Selain itu, pola juga dipengaruhi oleh cahaya dan teknik pengambilan gambar yang baik untuk menghasilkan foto yang menarik.

 



Prinsip Seni

1. Komposisi

Komposisi adalah satu susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi merupakan cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar.

Komposisi Rule of Thirds


Komposisi Leading Lines

2. Keseimbangan

Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal dan juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan atau ketenangan.

Keseimbangan dihasilkan secaara Simetri

3. Kontras

Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ia berlainan daripada elemen-elemen lain. Terdapat kontras tona dan kontras warna.

 


4. Harmoni

Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti entiti.

5. Dominan 

Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.

6. Kesatuan (unity)

Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi satu entiti


7. Pengulangan

Pengulangan terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/ hampir sama dalam suatu gambar.



0 comments:

Post a Comment